Monday, September 28, 2009

Perbaharui Insurans Kenderaan Anda Dengan Rebat 5%

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Anda ada kereta yang akan tamat tempoh insuransnya tak lama lagi? Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa insurans/takaful kenderaan boleh diperbaharui secara online atau dibuat di mana-mana pejabat pos yang menyediakan khidmat ini.

Sebagai agen takaful kenderaan Etiqa yang sah, saya juga boleh membantu anda untuk memperbaharui insurans/takaful kenderaan anda. Seperti yang anda sedia maklum, agen takaful kenderaan menerima 10% dari Etiqa atas sumbangan (bayaran) yang anda buat. Sebagai contoh, jika premium yang anda bayar melalui saya adalah sebanyak RM1000, saya akan menerima RM100 dari pihak Etiqa.

Jadi, di sini saya ingin berkongsi dengan anda separuh dari komisen yang saya terima. Mungkin amaun ini tidak banyak bagi anda tetapi sekurang-kurangnya anda dapat mengurangkan bayaran premium anda. Di samping itu anda juga tidak perlu pening kepala untuk urusan memperbaharui insurans kenderaan anda.

Anda boleh juga melakukan sendiri urusan pembaharuan insurans ini dengan klik pautan ini.

No comments:

Post a Comment