Monday, September 28, 2009

Perbaharui Insurans Kenderaan Anda Dengan Rebat 5%

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Anda ada kereta yang akan tamat tempoh insuransnya tak lama lagi? Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa insurans/takaful kenderaan boleh diperbaharui secara online atau dibuat di mana-mana pejabat pos yang menyediakan khidmat ini.

Sebagai agen takaful kenderaan Etiqa yang sah, saya juga boleh membantu anda untuk memperbaharui insurans/takaful kenderaan anda. Seperti yang anda sedia maklum, agen takaful kenderaan menerima 10% dari Etiqa atas sumbangan (bayaran) yang anda buat. Sebagai contoh, jika premium yang anda bayar melalui saya adalah sebanyak RM1000, saya akan menerima RM100 dari pihak Etiqa.

Jadi, di sini saya ingin berkongsi dengan anda separuh dari komisen yang saya terima. Mungkin amaun ini tidak banyak bagi anda tetapi sekurang-kurangnya anda dapat mengurangkan bayaran premium anda. Di samping itu anda juga tidak perlu pening kepala untuk urusan memperbaharui insurans kenderaan anda.

Anda boleh juga melakukan sendiri urusan pembaharuan insurans ini dengan klik pautan ini.

Thursday, September 10, 2009

Sudahkah Anda Lindungi Pendapatan Anda?

Pendapatan atau gaji adalah perkara penting dalam hidup kita sekarang. Apa tidaknya, sekarang ni serba serbinya perlukan wang, terutamanya kalau di bandar besar seperti Kuala Lumpur ni. Nak masuk masuk tandas pun kena sediakan wang sekurang-kurangnya 20 sen.

KE MANA PERGINYA PENDAPATAN (WANG GAJI) ANDA?

Pernahkan anda membuat budget untuk perbelanjaan anda? Kalau yang dah terlampau banyak duit rasanya mungkin malas nak buat budget untuk keperluan biasa seperti makan-minum, tempat tinggal dan lain-lain.

Kalau nak buat budget, mungkin kita akan senaraikan perkara-perkara berikut:
  1. Makan-minum Sendiri
  2. Pakaian
  3. Bil Letrik
  4. Bil Air
  5. Bil Telefon
  6. Minyak Kenderaan
  7. Duit Poket Mak/Ayah
  8. Duit Dapur
  9. Ansuran Bulanan Pinjaman Kenderaan
  10. Ansuran Bulanan Pinjaman Rumah
  11. Bayar hutang (PTPTN, Pinjaman Peribadi, Along :) dan lain-lain)
Prgghh!!. Banyaknya duit keluar!! Tapi apa boleh buat. Inikan dah kemestian yang terpaksa kita bayar setiap bulan.



JIKA ANDA HILANG PENDAPATAN?

Pernahkah anda fikirkan bagaimana untuk menampung keperluan bulanan anda itu jika anda hilang pendapatan? Berapa banyak wang simpanan yang anda ada? Untuk berapa lama wang simpanan itu boleh bertahan sebelum anda habis gunakan untuk keperluan bulanan anda? Ajal/maut itu memanglah di tangan Tuhan tetapi adakah kita hanya biarkan keluarga yang kita sayangi tanpa meninggalkan wang yang cukup untuk mereka menghadapi hari-hari yang mendatang? Bagaimana pula kalau anda meninggalkan hutang puluhan ribu ringgit? Adakah anda mengharapkan mereka untuk melunaskan hutang anda? Sebenarnya perkara ini dapat dielakkan jika anda merancang kewangan anda dengan betul.

ADAKAH ANDA TELAH LINDUNGI PENDAPATAN ANDA?

Apa maksud anda? Bagaimana caranya? Mungkin ini antara persoalan yang akan ditimbul di kepala anda jika anda ditanya soalan demikian.

Anggapkan anda mempunyai seekor itik yang mengeluarkan telur emas. Yang mana satu perlu anda lindungi? Sudah tentu anda katakan yang anda akan lindungi kedua-duanya sekali, bukan?



Sekarang anggapkan yang itik tersebut adalah anda manakala telur emas tersebut adalah pendapatan (gaji bulanan) anda? Yang mana satukah anda akan lindungi sekarang? Mungkin ada yang termenung memikirkannya dan mungkin ada yang dengan selamba menjawab pendapatannya.

Sebenarnya kedua-keduanya penting untuk dilindungi. Persoalannya bagaimana anda melindungi pendapatan anda. Adakah dengan menyimpan wang di bank sudah cukup untuk anda katakan yang anda sudah melindungi pendapatan anda? Salah jangkaan itu.

Jawapannya ialah anda perlu melindungi diri anda juga dari segala kecelakaan yang menyebabkan anda tidak boleh lagi menjana pendapatan untuk diri anda mahupun keluarga yang anda tanggung.

Tahukah anda Etiqa Takaful menyediakan pelan perlindungan berserta simpanan? Sila klik ini untuk keterangan lanjut.